Kool FM

Pak Cik Shell Tunjuk Cara Elak RM200 ‘Ditahan’ Bila Guna Kad Debit Untuk BUDI95


Pasti ramai perasan apabila bayar petrol menggunakan kad debit, pasti RM200 akan ‘diambil’.

Kemudian jumlah sebenar minyak yang ditolak dan bakinya dipulangkan semula ke dalam akaun bank pengguna.

Baca Juga:

Pak Cik Shell Tunjuk Cara Elak RM200 'Ditahan' Bila Guna Kad Debit Untuk BUDI95
Sumber Gambar: Says.com

Langkah itu dibuat oleh pihak bank bagi mengesahkan kad debit pengguna aktif dan mempunyai baki yang mencukupi.

Bagaimanapun Pak Cik Shell kongsikan cara untuk mengelakkan perkara itu terjadi dalam video terbaharunya.

Pilih jumlah pengisian petrol

Menurut Pak Cik Shell, pengguna perlu terlebih dahulu memilih jumlah isian.

Caranya adalah tekan butang ‘Select Amount’ pada paparan skrin, kemudian pilih jumlah isian sama ada RM10, RM40, RM60, RM100 atau isi jumlah lain yang dikehendaki.

Selepas itu sentuh atau masukkan kad debit untuk pembayaran, seterusnya masukkan MyKad untuk pengesahan inisiatif BUDI95.

Pak Cik Shell jelaskan sekiranya pengguna tidak memilih jumlah isian, RM200 akan ditahan pihak bank.

Sumber…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version