Pak Mat Western nafi tak bayar gaji staf dan bekas stafnya. Ianya respon kepada beberapa hantaran media sosial di TikTok dibuat ke atas kedai popular itu.
Beberapa individu menyindir Pak Mat Western sebagai indah khabar dari rupa. Dan hanya anak emas sahaja yang menerima gaji mengikut jadual.

Akibat daripada tuduhan liar itu, ramai netizen lain telah mulai menyerang Pak Mat Western dan imej syarikat tersebut calar.
Pak Mat Western nafi culas bayar gaji staf
Bertindak balas atas perkara itu, Pak Mat Western telah membuat semakan, ke atas staf yang mendakwa mereka tidak mendapat gaji.
Ada yang menyindir Pak Mat Western sebagai hipokrit. Suka menganjurkan aktiviti amal dan keagamaan namun gaji staf sendiri culas bayar.
Pak Mat Western nafi tak bayar gaji staf seperti yang didakwa. Dan mendedahkan bahawa individu tersebut sudah mendapat gaji mereka seperti biasa.
Kecuali ada 4 pekerja di bahagian jualan yang diberhentikan tanpa notis.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: