
Penerbit dan pelakon, Raja Azmi tampil menjelaskan bahawa dia masih mempunyai impian yang belum tercapai, iaitu menunaikan ibadah haji.
Artikel Berkaitan: Raja Azmi Mengaku ‘On’ & ‘Off’ Pakai Tudung
Artikel Berkaitan: Masukkan Unsur Seks Dalam Novel Terbaru, Raja Azmi Sedia Dikecam
Pakai tudung tapi balut aurat
Menerusi podcast The X Editor di Instagram, Raja Azmi Raja Sulaiman, 66, meluahkan pandangannya mengenai isu pemakaian tudung dan aurat dalam kalangan wanita, dengan menegaskan bahawa penutupan aurat bukan sekadar melibatkan rambut semata-mata.
Sebalikya, ia merangkumi keseluruhan tubuh badan.
Saya teringin sangat nak pergi haji.
Masih belum dapat lagi, dan tak tercapai lagi.
Bagi saya, yang muda-muda ini patut kena pakai tudung.
Tapi sekarang ini pun ramai yang pakai tudung konon-kononnya tutup aurat, tapi mereka hanya tutup rambut sahaja.
Aurat yang ada di tubuh badan itu, mereka tak tutup pun, tapi mereka balut.
Pakai seketat-ketatnya, sampai nampak bentuk payudara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: