Bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim telah menimbulkan amarah dalam kalangan warganet apabila memuat naik foto yang menunjukkan kemesraannya bersama pelawak terkenal, Saiful Apek.
Posting tersebut dimuatnaik kerana Fiza ingin meluahkan bekas pelawak Senario itu merupakan pasangan kegemarannya menerusi sebuah program televisyen.

Apa yang menjadi perhatian warganet apabila gambar tersebut kelihatan mereka seperti berpegangan tangan dan rapat mesra walaupun duduk berlainan kerusi bersebelahan.


Seperti biasa, warganet melemparkan ayat pedas kepada Liza di ruangan komen dengan mempersoalan hubungan mereka dan juga batas seorang wanita dan lelaki yang bukan muhrim.


Bagaimanapun, difahamkan Fiza kembali solo apabila memadam kesemua gambar bersama suaminya di Instagram.

Mungkin gambar tersebut hanya gimik namun, batas agama sememangnya tidak boleh dibuat main.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Sabrina Ali & Saiful Apek Bernikah?
“Macam Scene Lagi-Lagi Senario!” – Lihat Kehebatan Remaja Ini Tebar Roti Canai Terbang