Site icon Kool FM

Pakai Vellfire, Tipu Guna Nombor Plat Kancil

Pakai Vellfire, Tipu Guna Nombor Plat Kancil


Sebuah Toyota Vellfire telah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka selepas didapati menyalahgunakan nombor pendaftaran milik kenderaan lain.

Menurut JPJ Negeri Melaka kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan telah ditahan sekitar daerah Melaka.

Baca Juga:

Hasil semakan mendapati pemandu tersebut telah membuat beberapa kesalahan pada satu masa.

“Hasil semakan lanjut mendapati nombor pendaftaran yang dipamerkan adalah milik sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil.

“Pemeriksaan seterusnya turut mendapati kenderaan berkenaan tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah serta Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh,” katanya.

JPJ Negeri Melaka ingin menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan jalan raya, termasuk memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi menjamin…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version