Isu rogol bukanlah satu isu yang boleh dipandang ‘remeh’ lebih-lebih lagi apabila isu ini semakin menjadi perbualan hangat di media sosial setelah aktivis Ain Husniza menceritakan pengalaman ‘pahit’ mengenai gurauan rogol daripada gurunya. Baru-baru ini, aktres jelita tanah air, Siti Zaqyah Abdul Razak atau lebih mesra dengan panggilan Tiz Zaqyah meluahkan pendapatnya mengenai ‘punca’ isu rogol ini bermula daripada mangsa atau perogol.
Lelaki : also Lelaki : pic.twitter.com/alnlLPzkaz
— ⋆⁺₊⋆ ☾⋆⁺₊⋆ (@snugdeal3r) May 1, 2021
Menerusi ciapan yang tular di media sosial, Tiz berkata mengapa ada di antara kita yang masih ‘sanggup’ untuk mempertahankan perogol lebih daripada mangsa. Tiz menjadi berang apabila rata-rata pengguna di Twitter memberi pandangan mereka yang berkata isu rogol sering terjadi dek kerana ‘pakaian’ seorang wanita yang mengundang lelaki mudah tergoda.
https://t.co/WPvr3k4bXL pic.twitter.com/UJtVAwtx3d
— ?TIZZY?? (@iamTizZaqyah) May 6, 2021
Baca juga: “Rogol Bukan Bahan Jenaka” – Orang Ramai Berang Isu Rogol Di Sekolah Diambil Ringan
“Hati dengki manusia akan mencari salah si mangsa, just because mereka selalunya “perempuan tak tutup aurat”, itulah point korang yang terpaling bijak yang berlandaskan agama, yang bagi kepuasan untuk mengutuk sampaikan perogol pun tak bersalah.
“Korang ni sick lah. Sanggup bazir ludah nak selamatkan perogol daripada mendoakan mangsa and protect each other in the future” luah Tiz dalam nada marah.
Benar pendapat Tiz itu. Sampai bila rakyat Malaysia akan terus menunding jari kepada ‘mangsa’ rogol dek kerana ‘pakaian’ mereka yang tidak menutupi aurat dengan sempurna. Walhal ada juga di luar sana yang menjadi ‘mangsa’ rogol meskipun berpakaian sopan dan menutup aurat. Adakah mereka sedar bahawa perbuatan merogol adalah satu jenayah? Justeru itu kita tidak boleh menyalahkan satu pihak sahaja.
Sepertinya kesedaran mengenai punca rogol dalam kalangan kita boleh di katakan masih ‘cetek’ apabila ramai di luar sana yang beranggapan wanita adalah punca isu rogol meningkat. Menurut anda, apakah yang boleh dilakukan untuk ‘membuka’ mata rakyat Malaysia mengenai isu ini?
Baca juga:Tak Cukup Di ‘Ugut’ Untuk Merogol, Aktivis Ain Kini Di ‘Hentam’ Komen Tidak Senonoh Di Facebook
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Twitter