Site icon Kool FM

Pakar 20 Tahun Tersilap Potong Otak, Pesakit Kini Tak Mampu Bernafas Sendiri

Pakar 20 Tahun Tersilap Potong Otak, Pesakit Kini Tak Mampu Bernafas Sendiri


ila sebut pasal pembedahan, sudah tentu setiap pesakit dan ahli keluarga menaruh harapan tinggi untuk melihat insan tersayang kembali sihat.

Namun, nasib tidak menyebelahi seorang wanita berusia 50-an di Jepun apabila niat untuk merawat ketumbuhan bertukar menjadi sebuah peristiwa yang cukup menyayat hati.

Niat Membuang Tumor Berakhir Tragedi

Memetik laporan laman asahi, kejadian ini berlaku di Hospital Universiti Kyoto pada penghujung Julai lalu. Pesakit berkenaan dijadualkan menjalani pembedahan kraniotomi, iaitu prosedur membuka tempurung kepala, bagi membuang tumor jinak (ketumbuhan sel yang tidak normal dan bukan barah) yang berada di dalam otaknya.

Bagaimanapun, sewaktu pembedahan sedang berlangsung, doktor yang mengendalikannya telah tersilap memotong bahagian otak yang sihat dan bukannya tisu tumor.

Kesilapan itu memberi kesan buruk apabila ia turut menjejaskan sebahagian batang otak, iaitu komponen yang amat kritikal bagi mengawal fungsi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version