Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pakar Akui ‘GerhanaSAT’ Ciptaan Anak Malaysia Sebagai Satelit Terkecil Dunia

today27 September 2022

Background
GerhanaSAT


Pada tahun lalu sebuah syarikat Malaysia berjaya mencipta satelit terkecil di dunia yang dikenali sebagai GerhanaSAT. Satelit buatan Independence-X Aerospace itu merupakan satelit kelas femtosat (satelit bersaiz kecil) yang menyediakan pautan komunikasi kepada dron dan IoT (Internet of Thing) di sekitar khatulistiwa untuk dilancarkan ke angkasa lepas sebagai buruj di Orbit Rendah Bumi (Low Earth Orbit).

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Baru-baru ini Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Independence-X Aerospace, Izmir Yamin mengumumkan satelit kelas femtosat itu, GerhanaSAT telah disahkan oleh pakar industri angkasa lepas yang terkenal sebagai satelit terkecil di dunia.

Saiznya lebih kecil berbanding dengan satelit yang mempunyai fungsi yang serupa iaitu PocketQube, bahkan jauh lebih kecil berbanding dengan CubeSat. Satelit itu mempunyai 2 versi, terdiri daripada Space Version (SV), berukuran 30mm, manakala Consumer Version (CV) berukuran 32mm.

Written by: Hazim Jaafar


Previous post