Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Pakar maritim gesa penjelasan bertulis tentang isu kargo K8

today16 September 2026

Background


PETALING JAYA –  Pihak berkuasa digesa mengeluarkan penjelasan bertulis berhubung layanan kawal selia terhadap dua kargo petroleum bernilai lebih RM220 juta di bawah prosedur Kastam K8 di Tanjung Langsat, Johor.

Gesaan itu dibuat pakar industri maritim Datuk Seri R. Jeyenderan yang berkata, penjelasan rasmi diperlukan bagi memperincikan tanggungjawab pihak terlibat serta menjawab persoalan mengenai pengendalian dan dokumentasi kargo berkenaan.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, berkata, syarikatnya bertindak sebagai ejen kapal bagi kedua-dua pergerakan kargo itu, bukannya pemilik kargo, pengendali terminal, makmal, pengikrar atau pihak berkuasa kawal selia.

Menurut laporan syarikat bertarikh 26 Ogos, kedua-dua kargo itu berjumlah 76,954.325 tan metrik Atlanta Crude bernilai RM220,253,176.38, yang dipunggah di Tanjung Langsat dan dikaitkan dengan tangki T-5001, T-5004 serta T-5008 di DIALOG Terminals Langsat (DTL).

Beliau menjelaskan,  rekod…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post