Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pakcik ‘Cleaner’ 27 Tahun Kerja Tanpa Cuti Terharu Lihat Anak Jadi Hakim, Doktor, Dan Jurutera

today25 October 2024

Background


Kisah seorang pekerja pembersihan Malaysia berusia 70 tahun, Abu Bakar, dari Bangladesh benar-benar mengundang inspirasi dan rasa kagum.

Setelah mengabdikan diri selama 27 tahun bekerja tanpa henti di negara ini, Abu Bakar berjaya membesarkan anak-anak yang kini menjadi seorang hakim, doktor, dan jurutera.

Dilahirkan di Bangladesh, Abu Bakar meninggalkan tanah airnya lebih tiga dekad yang lalu untuk mencari rezeki di Malaysia.

Ketika ditemubual oleh Humans of Kuala Lumpur, beliau berkongsi bahawa keputusan untuk bekerja di negara ini adalah kerana peluang pekerjaan yang luas, walaupun kerja yang dipilihnya sering dielak orang.

“Setiap hari saya bangun, mandi, sarapan, pergi kerja, pulang ke rumah, telefon keluarga di kampung, dan kemudian berehat,” kata Abu Bakar, menggambarkan rutin hariannya yang berulang.

Beliau bekerja tujuh hari seminggu tanpa cuti selama hampir tiga dekad, menghantar sebahagian besar pendapatannya pulang ke Bangladesh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post