KUALA LUMPUR – Papuh Muslim Travel Fair 2024 yang sedang berlangsung sehingga 28 Julai ini di Hotel Grand Barakbah Ampang, bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pelbagai isu penting berkaitan pakej haji dan umrah, serta syarikat yang terlibat dalam industri berkenaan.
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (Papuh) melihat program ini sebagai penting memandangkan pihaknya telah menerima banyak rungutan daripada ahli berhubung jemaah yang tertipu oleh iklan pakej umrah murah di media sosial.
Setiausaha Agung Kehormat Papuh, Faridah Hamid berkata, atas permintaan ahlinya yang seramai 600 syarikat berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Papuh Muslim Travel Fair mampu memberi penjelasan kepada masyarakat agar tidak menjadi mangsa penipuan.
“Kami hanya membenarkan agensi yang memiliki lesen penuh seperti inbound, outbound, ticketing dan umrah untuk mengambil bahagian dalam pameran kali ini.
“Sebanyak 50 syarikat mengambil bahagian,” katanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
