Site icon Kool FM

Pamer Bendera China Pada Replika Roket, Karnival Di Tangkak Diarah Tutup Serta-Merta


Menurut laporan Sinar Harian, Majlis Daerah Tangkak (MDT) menegaskan bahawa tindakan tersebut dilaksanakan kerana pihak penganjur didapati tidak mematuhi syarat-syarat penganjuran karnival yang dikenakan khususnya tidak menjaga sensitiviti masyarakat.

“Rabu lalu, pihak MDT telah menerima aduan mengenai tindakan penganjur karnival yang mendirikan struktur terbabit.

“Oleh itu, tindakan menurunkan struktur di Dewan Serbaguna Bukit Gambir itu telah dibuat dan satu notis arahan pemberhentian serta- merta telah dikeluarkan oleh pihak MDT kepada penganjur pada Khamis.

“Ia selaras dengan Seksyen 14(1)(b) dan 49(2) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Tangkak) 2017 kerana perlanggaran syarat tersebut,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version