Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sejurus dibuka jam 10 pagi semalam, pameran e-sukan sempena Program 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) terus dipenuhi pengunjung khususnya mereka yang berusia bawah 25 tahun untuk merasai sendiri pengalaman memegang console ketika berlumba kereta dan permainan simulator.
Pengurus Projek Kejohanan E-Sport Program 100 hari AKM, Nurul Aina Nor Azmi berkata sambutan yang diterima sejak hari pertama begitu menggalakkan. Katanya, e-sukan sudah lama bertapak di Malaysia namun masih ada dalam kalangan rakyat yang hanya sekadar mengetahui ia hanya permainan video semata-mata.
Hadiah keseluruhan bernilai RM40,000 menanti pengunjung
“Kami juga menganjurkan pertandingan e-sukan dengan nilai keseluruhan bernilai RM40,000 menanti pengunjung,” kata Nurul Aina. Selain itu, pihak mereka turut akan memberikan penerangan lanjut mengenai e-sukan dan peluang yang boleh diceburi sebagai karier…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: