Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pandu Ford Mustang Sewa Tamat Cukai Jalan, Wanita Singapura Ditahan

today30 November 2025

Background
Pandu Ford Mustang Sewa Tamat Cukai Jalan, Wanita Singapura Ditahan


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam menyatakan seorang wanita warga Singapura berusia 40 tahun ditahan selepas memandu sebuah Ford Mustang yang tidak memiliki cukai jalan dan insurans pada Sabtu.

Wanita itu ditahan ketika melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kira-kira jam 7.21 malam, petik Sinar Harian.

Baca Juga:

Hasil siasatan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) kereta berkenaan telah tamat tempoh pada 13 November lalu, serta tiada rekod perlindungan insurans aktif.

“Semakan awal mendapati kereta itu disewa untuk tempoh sehari daripada sebuah syarikat kereta sewa.

“Kenderaan terbabit kemudiannya disita untuk tindakan lanjut,” katanya pada Ahad.

“JPJ WPKL sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan,” kata JPJ WPKL.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Velez tak minat sambung khidmat Machuca

Kuala Lumpur: Masa depan pemain skuad Harimau Malaya, Imanol Machuca semakin samar apabila kelabnya, Velez Sarsfield dilapor tidak akan mengekalkan pemain itu untuk musim depan, sekali gus menyaksikan bakal angkat kaki sebaik kontrak pinjaman tamat penghujung Disember ini.

today30 November 2025