Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi figura berpengalaman apabila pelakon veteran dan penerbit, Mohd Rawi Mohamed Said menghembuskan nafas terakhir pada, awal pagi tadi.
Papa Rawi meninggal dunia

Memetik laporan Harian Metro, Allahyarham Mohd Rawi atau lebih dikenali sebagai Papa Rawi meninggal dunia di pada usia 83 tahun di kediamannya di Kuala Lumpur.
Perkhabaran duka itu disahkan Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez.
Menurut Sandakiah, Allahyarham yang menghidap beberapa penyakit termasuk asma, masalah jantung dan hernia dipercayai mengalami serangan semput sekitar jam 3 pagi sebelum memanggil isterinya.
Isterinya, Zarela Abdul Kadir mendapati ubat bancuh nebuliser suaminya sudah habis lalu menyapu ubat sapuan Vicks di dada dan belakangnya.
Selepas itu Zarela atau Mummy ke dapur untuk membasuh tangan dan apabila ke depan mendapati suaminya sudah nazak lalu menghubungi jirannya, namun tak berjawab.
Panggilan kali kedua dijawab oleh mereka…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: