Dua bekas pengendali yang pernah berbakti di Asia Tenggara, Park Hang-seo dan Shin Tae-yong kini memegang tugasan penting di negara kelahiran mereka iaitu Korea Selatan.
Hal ini kerana dua jurulatih itu kini telah dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) bagi penggal 2025–2028.
Baca Juga:
Dalam pengumuman dibuat KFA seperti dilaporkan sumber VN Express International, bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam dan Indonesia itu adalah antara 27 ahli yang dipilih untuk menyertai Jawatankuasa Eksekutif ke-55 KFA yang dipimpin oleh Presiden, Chung Mong-gyu.
Difahamkan, jawatan naib presiden terdiri daripada lima posisi dimana Park Hang-seo akan bertugas sebagai naib presiden yang bertanggungjawab untuk menyokong pasukan kebangsaan manakala Shin Tae-yong pula akan mengawasi kerjasama luar negara.
Tampuk pemerintahan KFA kali ini mengadunkan pemimpin, tenaga pakar dan jurulatih dari pelbagai bidang untuk memastikan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
