Site icon Kool FM

Park Hang Seo Tiada Masalah Bawa Vietnam Juara Bola Sepak Sukan SEA Kali Kedua




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Vietnam bukan sahaja juara keseluruhan Sukan SEA 2021, mereka turut dinobatkan sebagai juara acara bola sepak Lelaki buat kali kedua berturut-turut di Stadium My Dinh semalam.

Dengan menewaskan Thailand, 1-0 hasil tandukan Manh Dung pada minit ke 83, mereka sekaligus mempertahankan ibu segala pingat emas yang dimenangi pada tahun 2019 di Manila, Filipina.

Malah, pasukan kendalian Park Hang-seo ini menamatkan saingan dengan rekod bersih tanpa bolos dan tidak tewas dalam mana-mana perlawanan sejak di peringkat kumpulan.

Para penyokong Vietnam menganggap ini adalah kejayaan yang paling bermakna dalam sejarah bola sepak mereka sehingga bandar Hanoi lumpuh dibanjiri oleh puluhan ribu penduduk yang keluar meraikannnya.

Selepas perlawanan tamat, seluruh jalan di sekitar ibu kota negara Vietnam itu dipenuhi oleh para penyokong yang berpesta sambil mengibarkan bendera bintang kuning…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version