Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Park Hang Seo Tidak Berminat Latih Skuad Indonesia

today24 January 2023

Background
Park Hang-seo


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pengendali dari Korea Selatan, Park Hang Seo menafikan khabar angin yang menyatakan beliau telah menerima tawaran daripada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi melatih pasukan kebangsaan negara itu.

Artikel Berkaitan:

Park Hang Seo kini tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas menamatkan tugasan terakhirnya bersama Vietnam dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 minggu lepas.

Beliau secara rasmi meninggalkan Vietnam setelah lima tahun mengendalikan skuad senior dan B-24 Tahun negara itu dan beliau tidak merancang untuk bersara dalam masa terdekat.

Bercakap kepada media Korea Selatan, YTN, Park Hang Seo menegaskan beliau tidak akan menggantikan tempat Shin Tae Yong sebagai ketua jurulatih Indonesia.

“Ia tidak akan terjadi. Shin Tae Yong telah lakukan kerja yang bagus di sana. Saya tidak pernah terfikir untuk menggantikannya,” katanya dipetik dalam laporan Bongdaplus. 

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post

Sukan

Arsenal ikat Kiwior

London: Pendahulu Liga Perdana, Arsenal menandatangani pemain pertahanan Poland, Jakub Kiwior daripada kelab Itali, Spezia dengan perjanjian bernilai £12 juta (RM63.68 juta)

today24 January 2023