Kool FM

PAS Muncul Parti Politik Pertama Perkenal ‘Super App’


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini muncul sebagai parti politik pertama di Malaysia yang mempunyai aplikasi “Super” yang dinamakan sebagai MyOnePas.

Artikel Berkaitan:

Aplikasi MyOnePas yang mengintegrasikan sejumlah ciri menarik menerusinya baru sahaja diperkenalkan pada hari semalam. Perkara berkenaan diumumkan oleh parti berkenaan melalui satu hantaran di Facebook rasminya.

Sumber Gambar: FB PAS

Aplikasi MyOnePAS ini hadir dengan sokongan penawaran kandungan memfokuskan gaya hidup Islamik, termasuk ciri seperti arah kiblat, waktu solat, dan juga sokongan seperti maklumat keahlian, sumbangan dan informasi berkaitan PAS.

Menariknya lagi, aplikasi ini turut diintegrasikan dengan ciri dompet digital yang dipautkan bersama dengan kad prabayar MyOnePAS Mastercard secara percuma untuk setiap pengguna.

Sejumlah ciri-ciri turut dirancang untuk ditambah secara berperingkat pada aplikasi berkenaan, termasuk seperti SKIMPAS, PASTI,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version