Belum reda lagi isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di rangkaian kedai serbaneka KK Mart di Selangor, kini timbul pula satu lagi dakwaan kes sama melibatkan sebuah jenama kasut tempatan.
Menerusi satu video yang dimuat naik pengguna Facebook menerusi akaun Mohd Haridz, dia mengakui terkejut selepas mendapati tapak kasut milik isterinya yang dibeli pada Sabtu lalu didakwa mempunyai kalimah ALLAH.
Baca Juga:
Difahamkan, kasut berharga RM100 itu dibeli di rangkaian butik jenama berkenaan yang terletak di sebuah pusat beli-belah di Kuantan, Pahang.
“Saya (ingin) berkongsi dengan kalian, berita yang membuatkan kita marah. Pada 30 Mac lalu, saya membeli-belah dengan isteri sempena raya.
“Saya masuk kedai (jenama) V****, isteri saya berminat dengan satu kasut. Lepas beli, saya terus letak dalam bilik, tak buka-buka.
“Hari ini saya tergerak hati nak tengok, tapi bila saya semak, V**** keluarkan kasut kalimah ALLAH. Nampak tak betapa kurang ajarnya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: