Site icon Kool FM

Pasangan Kekasih Dicekup Polis, Curi RM10,800 Sehari Tabung Derma Anak-Anak Yatim


Menerusi laporan, suspek lelaki dan wanita yang berusia 33 dan 35 tahun itu dicekup pasukan daripada cawangan D4 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 12.10 pagi di sebuah kondominium di sekitar Klebang pada 4 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek dikesan melakukan kegiatan itu dengan menyamar sebagai wakil madrasah dan rumah anak yatim bagi mengutip tabung derma yang diletakkan di kedai-kedai makan.

Hasil soal siasat suspek dipercayai aktif melarikan tabung derma di beberapa buah negeri termasuk Melaka, Negeri Sembilan dan Johor sejak dua tahun lalu.

“Modus operandi pasangan ini adalah dengan pergi ke warung dan kedai makan dan berpura-pura sebagai wakil daripada pihak madrasah, pondok serta rumah anak yatim bertujuan untuk mengambil tabung derma yang diletakkan di premis berkenaan.

“Pasangan ini memperoleh kira-kira RM10,800 sehari melalui cara pemerdayaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version