Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Seorang pemandu dan penumpang Kia Cerato berwarna merah dari Singapura kini menjadi ‘buruan’ Polis Daerah Iskandar Puteri apabila tular beberapa rakaman video mereka berbuat khianat terhadap Toyota Alphard berwarna hitam.
Dalam kenyataan rasmi dikeluarkan, mangsa yang menaiki MPV itu telah mengubah laluan ke kanan dan telah bergesel dengan kenderaan suspek yang berada di sebelahnya semasa berhampiran Imigresen CIQ Second Link.
Bagaimanapun dalam satu video dashcam yang dimuat naik melalui Facebook SG Road Vigilante, kereta mangsa sedang berada dalam barisan di lorong kanan semasa menunggu trafik sesak di hadapan. Secara tiba-tiba suspek tetap mahu ‘menyelit’ di bahagian kanan sehingga berlaku pergeselan di antara kedua-dua buah kenderaan.
Suspek memberhentikan kenderaan di tengah-tengah jalan yang sesak, lalu turun daripada kereta mereka untuk berbuat khianat. Suspek…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: