
Tindakan sepasang suami isteri warga China yang didakwa membenarkan anak mereka membuang air besar ke dalam tong sampah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: Lelaki Cina Ini Bukan Jutawan Namun Sikap Baik Hatinya Menolong Semua Kaum Di Malaysia Patut Dicontohi
Menerusi satu hantaran yang tular di Threads, pasangan itu dilihat memegang anak mereka ketika kanak-kanak itu membuang air besar ke dalam sebuah tong sampah.
Tindakan terkutuk itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pelancong yang berada di situ.
Ke manakah adab manusia ini? Padahal tandas dekat sahaja untuk bawa anak membuang air besar.
Boleh suka-suka biarkan anak buang najis yang busuk dalam tong sampah.
Kasihan tukang bersih nak bersihkan tong sampah dan kasihan juga pada penumpang. Pengotor.
Tidak lama kemudian hantaran itu meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pelancong itu.



Klik untuk baca artikel penuh.Sumber: