Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Pasar raya Cherry Mart mahu miliki 10 cawangan baharu

today14 January 2022

Background


PETALING JAYA – Amatera Sdn. Bhd, pemilik pasar raya Cherry Mart, mengunjurkan untuk membuka 10 cawangan baharu pada tahun ini dengan menawarkan peluang perniagaan berkonsepkan francais kepada usahawan yang berminat.

Pengurus cawangannya, Hasrul Hisham berkata, modal permulaannya adalah sebanyak RM500,000 untuk pembukaan sebuah cawangan, bergantung kepada beberapa faktor seperti keluasan lot kedai dan lokasi strategiknya.

Menurut beliau, melalui pelan perancangan jangka panjang syarikat, Cherry Mart optimis untuk meluaskan penguasaan pasaran selain mengukuhkan jenamanya dalam sektor peruncitan tempatan.

“Melalui pembukaan lebih banyak cawangan dalam pasca pandemik ini, syarikat bersedia menawarkan ruang berniaga dan juga peluang pekerjaan kepada masyarakat di kawasan sekitarnya.

“Pembukaan cawangan lebih banyak pasar raya Cherry Mart akan membantu menggerakkan ekonomi semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran cawangan perdana Cherry…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post