PETALING JAYA – Pasaran alat tulis sedunia dijangka berkembang sebanyak 1.5 kali ganda menjelang tahun 2030.
Berdasarkan laporan Persistence Market Research 2020, kumpulan pelajar merupakan penyumbang terbesar dalam pasaran alat tulis dan pen juga salah satu segmen penting dengan mewakili 60 peratus dalam pasaran alat tulis global.
Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia, Andrew Woon berkata, berdasarkan permintaan yang terus bertambah seiring dengan pertumbuhan pasaran alat tulis yang menggalakkan setiap tahun, syarikat telah memperkenalkan pen gel, Fast Gel Z yang dapat menghasilkan penulisan yang sempurna.
Menurut beliau, pen gel terbaharu itu merupakan segmen perniagaan yang penting bagi Faber-Castell Malaysia kerana berdasarkan kajian oleh sebuah syarikat perunding data terkenal dunia, Kantar memaklumkan bahawa pasaran bagi pen gel domestik pada tahun 2019 telah mencecah RM43 juta.

“Dalam pembuatan Fast Gel Z, Faber-Castell telah mencipta mata pen multi-channelled…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
