BENTONG – Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) bakal meneroka projek tanaman jagung mutiara di Cameron Highlands yang akan dimulakan awal tahun depan.
Pengerusi Pasfa, Datuk Zamri Yaakob berkata, projek pertanian baharu yang akan melibatkan pelaburan sebanyak RM1.7 juta itu akan dilaksanakan di tanah milik pertubuhan tersebut di Kampung Terisu di pusat pelancongan terkenal itu.
“Projek ini dijangka memberi pulangan yang baik dengan anggaran hasil pendapatan sehingga RM2.18 juta sepanjang tempoh 10 tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pasfa ke-51 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abd. Razak di sini baru-baru ini.
Menurut Zamri jagung mutiara adalah spesis jagung premium yang boleh dimakan mentah dan ia dijangka mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai serta dapat dijual dengan harga lebih…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
