
Penyerang Norway, Alexander Sorloth, kini menjadi sasaran kecaman hebat daripada para penyokong susulan kegagalan skuad kebangsaannya dalam kempen Piala Dunia 2026 yang berakhir dengan kekalahan dramatik di tangan England.
Sorloth dikritik hebat kerana gagal melakukan hantaran mudah kepada rakan sepasukannya, Erling Haaland, ketika Norway berpeluang emas melalui situasi serangan balas dua-lawan-satu.
Dalam detik genting tersebut, Sorloth hanya perlu melorongkan bola kepada Haaland yang berdiri bebas tanpa kawalan untuk berhadapan satu-lawan-satu dengan penjaga gol England, Jordan Pickford.
Oleh sebab itulah, netizen sedunia langsung memenuhi ruangan komentar di hantaran yang dibuat pada awal minggu lalu untuk meluahkan kemarahan terhadap tindakan melulu pada perlawanan Norway bertemu England.
Menerusi lebih 100,000 komentar yang ditinggalkan, majoriti sebulat suara meminta pemain Alexander Sorloth untuk memberikan bola kepada Haaland dengan nada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
