SHAH ALAM – Farine & Sucre Cafe mencipta keunikan tersendiri dengan menawarkan aneka hidangan pastri dan pencuci mulut ala Perancis.
Kafe berkonsepkan gaya kota Paris itu diusahakan dua beradik yang juga pemilik bersama iaitu Farah Syuhada Shamshul, 28, dan Farra Sofea, 21.
Farine & Sucre yang bermaksud tepung dan gula itu memperkenalkan pelbagai pencuci mulut yang sebahagiannya diimport khas dari Perancis.
Farah Syuhada berkata, pelanggan memilih menu enak seperti macarons, baguettes dan chocolate roll kerana ia disediakan melalui proses pembuatan yang rumit bagi memastikan kualitinya.
“Selain itu, pavlova dan peach strudels juga menjadi antara daya tarikan utama di kafe kami, selain pastri seperti french baguette serta tiga jenis pai.
“Minuman istimewa yang menjadi pilihan pelanggan pula iaitu Biscof Latte, Ferrero Rocher Latte dan empat jenis minuman penyegar,” katanya ketika ditemui di kafe itu di Seksyen 7 di sini, baru-baru ini.

Biarpun baru beroperasi pada 5…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
