Site icon Kool FM

Pasukan Bola Keranjang AS Pilih Gaya Hidup Mewah, Tak Tinggal Di Perkampungan Olimpik Paris


Tahukah anda bahawa pasukan bola keranjang dari Amerika Syarikat (AS) tidak pernah tinggal di Perkampungan Olimpik malah lebih memilih gaya hidup mewah berbanding budaya seperti tinggal di asrama.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh NBC, difahamkan bahawa pasukan bola keranjang AS tidak akan menginap di Perkampungan Olimpik.

Sebenarnya ini adalah salah satu trend yang mereka amalkan sejak Olimpik 1998.

Mengapa pasukan yang sarat dengan bintang NBA ini terus mengelak dari tinggal di perkampungan atlet?

Sejak penampilan bersejarah pasukan Dream Team pada Sukan Olimpik Barcelona 1992, yang turut disertai legenda seperti Michael Jordan, Magic Johnson dan Larry Bird, pasukan bola keranjang AS telah memilih untuk menetap di hotel-hotel mewah atau di atas kapal layar.

Mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke Perkampungan Olimpik selepas itu.

Tradisi ini diteruskan dengan alasan untuk mengekalkan gaya hidup mewah serta memastikan keselamatan mereka…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version