Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Pasukan Gergasi Argentina Dan Perancis Memulakan Pemburuan Piala Dunia

today16 June 2026

Background
Messi Mbappe Argentina Perancis


Skuad Argentina yang diterajui Lionel Messi dan Perancis yang dipimpin Kylian Mbappe, dua pasukan yang berentap dalam aksi final Piala Dunia yang mendebarkan empat tahun lalu, bakal melangkah garang memulakan kempen kejohanan 2026 pada Selasa.

Argentina, yang memenangi perlawanan dramatik di Doha itu menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 susulan masa tambahan, bakal menentang Algeria di Kansas City.

Messi bakal beraksi dalam Piala Dunia keenamnya, dan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni berkata pemain tonggak berusia 38 tahun itu “berada dalam keadaan baik” meskipun mengalami kecederaan hamstring ketika beraksi untuk kelab Inter Miami pada akhir Mei lalu.

“Semua orang mahu melihat beliau beraksi di padang, bukan sahaja rakyat Argentina, kerana impak yang dibawanya kepada orang ramai,” kata Scaloni dalam sidang media sebelum perlawanan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: AFP Wire


Previous post

Luar Negara

Belanja hampir RM30,000 untuk jadikan rumah Barbie

Edinburgh: Seorang ibu membelanjakan sebanyak £5,000 (kira-kira RM29,800) untuk mengubah suai kediamannya menjadi 'Barbie Dreamhouse' walaupun tindakan itu dikritik segelintir jiran sebagai mencacatkan pemandangan kawasan sekitar. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today16 June 2026