Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Dalam usaha memastikan saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) menjadi lebih kompetitif, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk membenarkan setiap pasukan yang bertanding mengambil dua pemain import mulai musim 2023.
Keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Keenam Jawatankuasa Eksekutif FAM yang dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin beberapa hari lepas.
Sebelum ini, FAM telah membenarkan slot seorang pemain import dalam pasukan-pasukan MPFL bermula musim 2020. Penambahan seorang lagi pemain import bakal menjadikan saingan liga lebih sengit.
Bagaimanapun, setiap pasukan diingatkan salah satu slot pemain import perlu diisi oleh pemain dari negara Asia. Manakala satu lagi slot boleh diisi oleh pemain dari mana-mana negara.
Peraturan ini sekaligus membuka peluang kepada setiap pasukan untuk membawa masuk pemain berkualiti dari negara ASEAN seperti Vietnam, Thailand, Indonesia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: