Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengesahkan bahawa skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti akan mengadakan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang pasukan ranking ke-94 dunia, New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland pada Isnin, 14 Oktober 2024.
Kali terakhir skuad Harimau Malaya bertemu New Zealand ialah 18 tahun yang lalu iaitu ketika skuad yang dibimbing Norizan Bakar ketika itu tewas 1-0 pada aksi persahabatan pertama di Christchurch pada 19 Februari 2006 dan tewas 2-1 pada aksi persahabatan kedua di Auckland pada 23 Februari 2006.

Perlawanan tersebut bakal berlangsung dalam Kalendar Antarabangsa FIFA, 7 hingga 15 Oktober 2024.
Skuad Harimau Malaya yang ketika ini berada di ranking ke-134 dunia terdahulu berpeluang untuk memperbaiki mata ranking FIFA apabila bakal berdepan pasukan ranking ke-147 dunia,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
