Site icon Kool FM

Pasukan Tercorot EPL Tewaskan Juara Bertahan Liverpool

Liverpool


Liverpool menelan satu lagi kekalahan perit musim ini. Kali ini juara bertahan dibenam oleh Wolves di Molineux.

Bebeberapa minggu lalu, Wolves hampir menjadi pasukan terburuk pernah beraksi dalam EPL.

Kini mereka mengutip 3 lagi mata berharga di hadapan peminat mereka dengan menewaskan Liverpool.

Skuad Arne Slot harus menyalahkan diri sendiri. Kerana terlalu banyak melakukan kesilapan yang memberikan peluang kepada Wolves menghukum mereka.

Gol pertama Wolves terhasil pada minit ke-78 menerusi Rodrigo Gomez. Ianya selepas Van Dijk terlalu mudah dicabar oleh lawan secara fizikal.

Mohamed Salah menyamakan kedudukan pada minit ke-83, selepas Wolves pula melakukan kesilapan.

Namun pada minit ke-90+4, Andre mencetak gol kemenangan. Ianya selepas Curtis Jones melakukan hantaran kepada penjaga gol yang terpaksa melakukan sepakan terus ketika sedang ditekan lawan.

Andre melakukan rembatan yang terbias pada pemain lain dan terus melemaskan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version