
Pernah tak anda rasa bila masuk usia 30-an, berat badan makin sukar nak turun berbanding zaman 20-an dulu? Malah, ada yang mula rasa hairan kerana walaupun porsi makanan sudah dikurangkan, lemak di bahagian perut pula yang makin tebal.
“Sebenarnya, ini memang perkara normal dari sudut sains,” ujar seorang jurulatih kesihatan tempatan, Coach Khalid menerusi hantaran di Facebook CoachKhalid16.
Menurut beliau, apabila usia mencecah 30 hingga 40 tahun, tubuh mula mengalami penurunan jisim otot semula jadi atau sarkopenia, di samping sensitiviti insulin yang semakin berkurang.
Bagi anda yang mahu memangkas 10 hingga 15 kg secara kekal dan selamat untuk hormon, Coach Khalid menyarankan empat langkah mudah ini.
Hentikan Diet Bawah 1,200 Kalori
Ramai yang tersilap langkah dengan menyekat makanan secara ekstrem apabila berat susah nak turun. Makan terlalu sedikit pada usia 30-an sebenarnya akan membuatkan fungsi tiroid makin perlahan dan kadar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: