PETALING JAYA – Hilton Petaling Jaya (Hilton PJ) yang terkenal dengan restoran Paya Serai yang menawarkan pelbagai menu sepanjang masa termasuk pada musim perayaan bakal menjadi tumpuan pelanggan yang akan menyambut Krismas bulan depan.
Restoran tersebut cukup sinonim dalam kalangan warga kota kerana ia meninggalkan pelbagai kenangan khususnya bagi mereka yang suka menjamu selera bersama keluarga dan juga orang tersayang di hotel tersebut.
Eksekutif Cef Hilton PJ, Ridzuan Malek berkata, Paya Serai sentiasa mendapat sambutan menggalakkan pada musim perayaan meskipun ketika ia dalam proses pengubahsuaian sebelum ini, tetapi kini restoran dan suasana di dalam hotel ini lebih ceria, terang dan selesa buat para tetamu.

“Paya Serai penuh dengan kenangan bagi keluarga, jika dahulu ibu bapa yang membawa anak-anak makan di sini tetapi sekarang apabila anak-anak sudah dewasa, giliran mereka pula bawa ibu bapa, malah datuk dan nenek dibawa makan bersama di sini,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: