KUALA LUMPUR – Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) dan Ant Group melancarkan kerjasama pembayaran digital rentas sempadan, membolehkan pelancong dari lapan negara menggunakan DuitNow QR di Malaysia.
Kerjasama itu menyaksikan pelancong dengan e-dompet yang disokong oleh Alipay+ iaitu Alipay (China), AlipayHK (Hong Kong), HelloMoney (Filipina), Hipay (Mongolia), MPay (Macau), Naver Pay (Jepun), Toss Pay (Korea Selatan), dan TrueMoney (Thailand) kini menikmati keselesaan melancong tanpa tunai di negara ini.
Mereka boleh membuat pembayaran digital mudah dengan mengimbas DuitNow QR di rangkaian lebih daripada 1.8 juta lokasi pembayaran seluruh negara.
Pada masa sama, kerjasama berkenaan bakal turut menyaksikan pengguna DuitNow QR di Malaysia boleh membuat pembayaran di peniaga global Alipay+ secara beransur-ansur, bermula tahun depan.
Ekosistem peniaga Alipay+ kini termasuk puluhan juta peniaga di lebih daripada 50 pasaran.
Ketua Pegawai Kumpulan PayNet, Farhan Ahmad…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: