PETALING JAYA – Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) telah memeterai memorandum persefahaman dengan Ant Group bertujuan untuk membolehkan lebih ramai pengembara Asia ke Malaysia menikmati pengalaman pembayaran digital yang lancar di lebih 1.8 juta rakan niaga di seluruh negara.
Melalui kerjasama itu juga akan membolehkan penduduk Malaysia akan dapat membayar dengan e-dompet negara asal mereka di luar negara.
Menjelang akhir tahun ini, pengguna lima e-dompet Asia yang terkemuka, termasuk AlipayHK (Hong Kong SAR), GCash (Filipina), Kakao Pay (Korea Selatan) dan TrueMoney (Thailand), akan dapat menikmati pembayaran tanpa tunai menerusi Alipay+ apabila berkunjung ke Malaysia, dengan mengimbas QR DuitNow.
Alipay+ merupakan penyelesaian pembayaran dan pemasaran digital rentas sempadan global yang dikendalikan oleh Ant Group.
.DuitNow QR merupakan Piawaian QR Kebangsaan Malaysia dikendalikan oleh PayNet, yang membolehkan rakan niaga menerima pembayaran daripada pelanggan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: