PETALING JAYA – Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) akan melanjutkan tajaan seorang atlet triatlon wanita yang cemerlang untuk bersaing di pertandingan Ironman antarabangsa pada bulan Oktober ini bersesuaian dengan usaha syarikat untuk menyokong penglibatan wanita dalam bidang sukan.
Pengarah Kanan, Bahagian Komersial, PayNet, Khairuan Abdul Rahman berkata, tajaan ini menunjukkan komitmen syarikat terhadap kesaksamaan jantina dalam bidang sukan dan menekankan tumpuan PayNet terhadap pemasaran terangkum.
PayNet sebelum ini telah menaja tiga atlet triatlon wanita iaitu Noor Zakira Binti Zulrimi, 31 tahun, Serena Yang Chen Yin, 30 tahun, dan Teoh Sue Ling, 43 tahun untuk bersaing dalam Ironman Malaysia 2022 dan IRONMAN 7.0 Langkawi pada 5 November 2022.
Hanya Noor Zakira berjaya melayakkan diri untuk bertanding di Kejohanan Dunia Ironman di Kona, Hawaii pada 14 Oktober 2023.
Tajaan PayNet adalah dalam bentuk kit pakaian sukan lengkap berjenama ‘DuitNow’ dan Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: