Site icon Kool FM

PBB minta lebih USD850 juta untuk pelarian Rohingya


Tahun lalu, PBB dan rakannya meminta USD876 juta untuk menyokong pelarian Rohingya di Bangladesh, namun hanya menerima USD440 juta. (Gambar AP)

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini menggesa sokongan tambahan untuk pelarian Rohingya yang berada di kem-kem di Bangladesh, yang mengalami kekurangan makanan serta bantuan lain akibat masalah pembiayaan.

Dalam pelan maklum balas tahunan terhadap krisis itu, PBB merayu USD852.4 juta untuk memberikan bantuan yang begitu diperlukan tahun ini bagi pelarian Rohingya di Bangladesh serta komuniti tuan rumah mereka.

Sekitar sejuta ahli kumpulan etnik tidak bernegara itu berada di Bangladesh. Kebanyakannya melarikan diri daripada tindakan ketenteraan terhadap bangsa itu pada 2017.

Sekitar 95% isi rumah Rohingya di Bangladesh dianggap kumpulan rentan dan masih bergantung kepada bantuan kemanusiaan, menurut Agensi Pelarian PBB (UNHCR) dalam kenyataan.

“Solidariti antarabangsa dengan Bangladesh, dan perlindungan pelarian kini…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version