Site icon Kool FM

PBT Bakal Boleh Tunda ‘Kereta Buruk’ Terbiar Di Flat, Kondominium, Apartmen

PBT Bakal Boleh Tunda 'Kereta Buruk' Terbiar Di Flat, Kondominium, Apartmen


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu menyatakan pihak Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang melaksanakan penambahbaikan menyeluruh terhadap Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Terbiar yang dikeluarkan pada tahun 2020.

Ini kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai sebarang peruntukan kuasa bagi mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kereta buruk terbiar di kawasan strata persendirian, petik Harian Metro.

Kekangan itu disebabkan kawasan kediaman berstrata yang telah menubuhkan  Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) adalah tertakluk sepenuhnya di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) serta Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Pengurusan dan Penyelenggaraan) 2015.

Jadi, pihak berkenaan mempunyai kuasa penuh dan tanggungjawab undang-undang untuk mengurus, mengawal selia dan mentadbir segala perkara yang berlaku dalam kawasan hak milik bersama,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version