PETALING JAYA – Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan KDEB Waste Management (KDEBWM) dan One Biosys Sdn. Bhd. (One Biosys) bagi memacu ekonomi pekeliling plastik di negara ini.
Menerusi MoU berkenaan, KDEBWM dan One Biosys akan membekalkan sisa plastik yang terdiri daripada polietilena (PE), polipropilena (PP) serta polietilena terephthalate (PET) kepada PCG untuk pengeluaran produk sirkular bagi pembungkusan makanan serta aplikasi dalam penjagaan kesihatan, isi rumah dan perindustrian.
MoU tersebut turut merangkumi kajian kebolehlaksanaan bersama bagi menilai daya maju komersial pembinaan kemudahan pengasingan sisa di Malaysia untuk memastikan pengasingan sisa plastik yang lebih berkesan.
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mohd. Yusri Mohamed Yusof berkata, peralihan kepada ekonomi pekeliling memerlukan penyelesaian baharu untuk menangani jurang dalam rantaian nilai plastik – daripada pengurusan sisa yang lebih baik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: