Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

PCG rekod untung RM703 juta suku pertama 2024

today29 May 2024

Background


PETALING JAYA – Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) sebanyak RM703 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (Q1 2024), berikutan peningkatan jumlah jualan dan margin produk.

Ia merupakan peningkatan lebih daripada empat kali ganda daripada RM142 juta yang dicatatkan pada suku keempat tahun lalu (Q4 2023), selaras dengan Perolehan Sebelum Faedah, Percukaian, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) lebih tinggi dan keuntungan pertukaran asing yang tidak direalisasi.

Pendapatan meningkat sebanyak empat peratus kepada RM7.5 bilion (Q4 2023: RM7.2 bilion) dengan sokongan daripada mata wang AS$ yang lebih kukuh berbanding ringgit dan jumlah lebih tinggi daripada Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).

EBITDA melonjak 77 peratus kepada RM1.2 bilion (Q4 2023: RM655 juta) disebabkan kos bahan api, tenaga, utiliti dan penyelenggaraan yang lebih rendah, penyebaran produk yang lebih tinggi, sumbangan lebih tinggi daripada Kumpulan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post