PETALING JAYA – Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) sebanyak RM809 juta untuk suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (TK 2024).
Pada suku tersebut, pendapatan meningkat sebanyak tiga peratus berbanding suku pertama kepada RM7.7 bilion, didorong oleh jumlah jualan yang lebih tinggi dalam segmen Baja & Metanol dan sumbangan lebih tinggi daripada segmen Kimia Khusus.
Untuk separuh pertama TK 2024 secara kumulatif, pendapatan Kumpulan meningkat empat peratus tahun ke tahun kepada RM15.2 bilion berikutan sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen Kimia Khusus, di samping impak pertukaran mata wang asing yang positif.
Pendapatan Sebelum Faedah, Pencukaian, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) meningkat enam peratus tahun ke tahun kepada RM2.3 bilion, manakala PAT meningkat 29 peratus kepada RM1.5 bilion.
PCG turut mengumumkan pembayaran dividen interim sebanyak RM800 juta, yang mewakili 55 peratus daripada Keuntungan Selepas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: