PETALING JAYA – Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah memeterai memorandum persefahaman dengan tiga syarikat untuk mempercepatkan lagi penggunaan mobiliti elektrik.
Tiga syarikat tersebut adalah Gentari Green Mobility Sdn Bhd, EP Blueshark Sdn Bhd, Blueshark Holding Limited dan Handal Indah Sdn Bhd.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, perkongsian strategik ini akan mengukuhkan lagi peranan penting Kumpulan dalam keseluruhan rantaian nilai mobiliti elektrik bersepadu dengan melancarkan stesen penukaran bateri untuk kenderaan dua roda elektrik dan infrastruktur pengecasan bagi bas elektrik masing-masing di stesen Petronas.
“Sementara kami terus mempelbagaikan perniagaan bukan bahan api, kami juga mempergiatkan usaha kami untuk menyokong mobiliti elektrik kerana ia akan membolehkan kami merealisasikan potensi pertumbuhan pasaran EV.
“Ini diperkukuhkan lagi melalui kerjasama antara PDB dan Gentari, bersama EP Blueshark, Blueshark Holding…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: