Site icon Kool FM

PDC catat perkembangan positif suku ketiga tahun ini


GEORGE TOWN – Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mencatatkan perkembangan memberangsangkan sehingga suku ketiga tahun ini, sekali gus menjadi pemangkin utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri dalam tempoh lebih lima dekad penubuhannya.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, PDC telah berjaya menarik pelaburan domestik serta asing dengan pelbagai inisiatif inovatif dan pelaburan strategik.

Jelasnya, PDC juga berjaya mencipta ribuan peluang pekerjaan dan memperkukuhkan pembinaan infrastruktur negeri.

“Sehingga suku ketiga tahun ini, PDC telah mencatatkan perkembangan yang amat memberangsangkan dan menjadikan PDC sebagai peneraju dalam usaha pembangunan sosioekonomi yang mampan bagi menjana dan mengagihkan kekayaan.

“Kejayaan ini bukan sahaja meningkatkan taraf hidup rakyat tetapi juga menjadikan Pulau Pinang sebagai antara sebuah destinasi pilihan pelaburan dan perniagaan,” katanya ketika berucap dalam majlis sambutan perayaan Deepavali dan majlis ulang tahun…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version