Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PDRM Kental Bertahan Ikat JDT Di Selayang

today31 July 2024

Background
PDRM JDT


PDRM menjadi pasukan pertama yang berjaya menghalang JDT daripada mengutip mata penuh selepas mengikat juara 10 kali itu 1-1 pada aksi ketujuh saingan Liga Super 2024/25 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebentar tadi.

Keputusan penting dilakarkan itu juga turut menamatkan rentetan dua kekalahan skuad kendalian P. Maniam tersebut sebelum ini ketika bertemu Kelantan United dan Kuching City.

Ia bagaimanapun masih tidak mengubah kedudukan JDT yang masih kekal ditangga teratas dengan mengumpul 19 mata.

Tambahan pula pencabar terdekat di kedudukan kedua, Selangor turut keciciran mata apabila sekadar terikat 1-1 bertemu Sri Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Kem PDRM melonjak kegembiraan pada minit ke-22 setelah Shahrel Fikri Md Fauzi tidak mensia-siakan peluang hasil hantaran lolos cantik daripada Chidi Emma Osuchukwu untuk meletakkan tuan rumah dihadapan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, anak buah Hector Bidoglio menggandakan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

The Cops ‘gari’ JDT di Selayang

Kuala Lumpur: PDRM FC menampilkan persembahan sangat cemerlang untuk mengikat juara Liga Super 10 kali, Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-1 dalam perlawanan Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.

today31 July 2024