Kool FM

PDRM, SKMM Boleh Siasat Ammar Nazhan Jika Ada Laporan Dibuat


Polis dan SKMM boleh siasat Ammar Nazhan kerana konten yang dihasilkannya baru baru ini.

Seorang peguam bernama Muhammad Aidil Akmah Sharidan menyatakan bahawa orang ramai boleh membuat laporan polis ke atas Ammar Nazhan.

Laporan tersebut adalah berdasarkan pemalsuan atau penipuan kes orang hilang.

pdrm

Ammar Nazhan sebelum ini menjadi dalang yang mengetuai sekumpulan influencer ke Indonesia, dan  membuat konten paranormal.

Kemudian kononnya, salah seorang influencer wanita bernama Eyka hilang dalam hutang. Yang ternyata ianya cuma konten murahan dan cerita palsu.

Polis Indonesia boleh dikira sangat beri muka kepada Ammar Nazhan dan rakan rakannya kerana cuma meminta mereka membuat  permohonan maaf.

Ini kerana mereka telah melanggar peraturan negara tersebut berkaitan dengan penyebaran berita palsu. Mereka cuma membuat konten untuk meraih lebih banyak interaksi  di media sosial dan mendapatkan pengikut baharu.

Polis Indonesia Bengang Influencer…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version