Terdahulu, hebahan program tersebut yang dipercayai program “Pride Care: Queer Stories & Sexual Health Awareness” anjuran sebuah organisasi di bawah Parti Sosialis Malaysia, Pemuda Sosialis telah mendapat perhatian oleh Menteri Hal Ehwal Agama itu.
“Saya ingin tegaskan bahawa kerajaan Malaysia menolak sebarang bentuk naturalisasi budaya LGBTQ, secara halus atau terbuka.
“Tindakan penganjuran program sebegini, walaupun bersifat tertutup, jelas mencabar norma masyarakat serta nilai agama yang dianuti majoriti rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan itu.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan siasatan dijalankan selepas satu hantaran di media sosial berhubung perancangan program tersebut tular di laman sosial.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: