
Pearly Tan-M. Thinaah memastikan pingat emas acara beregu wanita Sukan SEA 2025 menjadi milik mereka selepas berjaya menundukkan Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari pada perlawanan akhir yang berlangsung sebentar tadi.
Kejayaan manis di Gimnasium 4 Thammasat University Rangsit itu merupakan pingat emas pertama dimenangi kem badminton negara yang meletakkan sasaran empat pingat emas pada temasya kali ini.
Kemenangan tersebut bagaimanapun tidak hadir dengan mudah apabila gandingan Indonesia itu memberikan tekanan yang cukup hebat sepanjang perlawanan.
Set pertama menyaksikan corak permainan baik ditampilkan Pearly dan Thinaah yang berjaya meraih kemenangan 21-16.
Namun, kelebihan selesa 11-5 dimiliki pada set kedua gagal digunakan sepenuhnya pasangan ranking kedua dunia itu yang terpaksa akur tewas 19-21 bagi aksi diheret ke set penentuan.
Aksi sengit diteruskan pada set ketiga dimana kedua-dua pasangan saling kejar-mengejar mata, malah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: