Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah menyelamatkan maruah kem badminton negara di kejohanan Terbuka Jerman 2023 yang berlangsung di Mulheim apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Artikel Berkaitan:
Pasangan utama negara itu mempamerkan aksi terpuji untuk menundukkan juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagara dalam aksi yang berlanjutan hingga ke set penentuan dengan kemenangan 21-17, 18-21, 21-11.
Malah, pasangan daripada Jepun itu juga merupakan lawan sama yang ditumpaskan oleh Pearly dan Thinaah ketika mereka menjuarai kejohanan bertaraf Super 750, Terbuka Perancis pada Oktober tahun lalu sekali gus menjadikan rekod kemenangan memihak gandingan negara dengan 2 -0.
Set pertama menyaksikan kedua-dua gandingan saling kejar-mengejar mata sehingga mereka terikat pada kedudukan 15-15.
Selepas itu tiga kesilapan mudah dilakukan Matsumoto secara berturut-turut telah memberikan ruang buat pasangan ranking keenam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: